Penjelajahan dan Penerokaan 
 
 
Sebab penjelajahan 
 
    - Kejayaan sains dan teknologi pada Zaman Renaissance
 
    - penguasaan Istanbul oleh Turki menyebabkan orang Eropah menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan keperluan mereka.
 
    - orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera, dan rempah dari Timur.
 
    - Raja Sepanyol dan Raja Portugal banyak memberi galakan kepada usaha penerokaan 
 
    - kuasa portugal dan Sepanyol saling bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.
 
    - Perjanjian Tordesillas ditandatangani untuk menetapkan kawasan pengaruh Sepanyol dan Portugal.
 
    - Pelaut Eropah unggul seperti Christoper Columbus berjaya sampai ke Amerika.
 
    - Perdagangan rempah dan sutera mendatangkan keuntangan besar kepada pedagang Eropah
 
    - Sepanyol dan Portugal mahu menyebarkan agama Kristian
 
    - Monarki baru di England, Perancis dan Belanda manggalakkan penjelajahan ke seberang laut.
 
    - Semangat kebanggaan bangsa mendorong orang Eropah menjelajah dunia luar.
 
 
Kesan Penjelajahan terhadap masyarakat setempat
    - POLITIK
 
     
 
    - Penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah  seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
 
     
    - Perjanjian ini mengiktirafkan kekuatan kuasa Eropah.
 
 
      2.EKONOMI
    - daerah luar Eropah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Ropah.
 
    - Pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka telah dikuasai oleh Portugal
 
    - Barangan dari timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah
 
    - Jalan pedagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara dikuasai oleh Portugal
 
 
         3. SOSIAL
    - Masyarakat tempatan mula terpengaruhi dengan gaya hidup orang Eropah
 
    - Masyarakat peribumi menerima agama Kristian
 
    - Sepanyol telah menakluki Mexico dan menundukkan tamadun Aztec
 
    - Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin mewujudkan sebuah masyarakat baru di wilayah tersebut.
 
    - Sepanyol mendapatkan emas dan perak dari Amerika Latin.
 
    - Pemodal Sepanyol mengeksploitasi buruh peribumi untuk bekerja di lombong dan ladang mereka.
 
 
KESIMPULAN: 
 
Sifat dan semangat positif yang harus dijadikan iktibar:
    - penerokaan ilmu pengetahuan
 
    - semangat inkuri
 
    - kegigihan usaha
 
    - keberanian
 
 
 
 
																				 |