e-Belajar
  Bab 10 : Dasar British Dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara
 

BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Sebelum kedatangan British

Selepas kedatangan British

Ekonomi Sara Diri

Ekonomi Dagangan

a)      Pengeluaran dalam skala kecil

a)      Lebihan Pengeluaran untuk tujuan pemasaran

b)      Menggunakan teknologi yang mudah seperti cangkul

b)      Pengeluaran dalam skala besar

c)      Modal yang kecil

c)      Menggunakan sumber tenaga buruh banyak

d)      Buruh terhad – sesame ahli keluarga

d)      Modal besar

e)      Pasaran kecil

e)      Teknologi tinggi

f)        Tidak wujud pengkhususan kerja

f)        Pemasaran luas

g)      Lebihan pengeluaran untuk tujuan pertukaran barangan atau disimpan

 

h)      Tanaman yang diusahakan seperti padi, ubi, pisang

i)        Menternak binatang seperti ayam, itik

 

Pertanian Komersial

a)      Tanaman Komersial seperti ubi kayu, tebu, lada hitam, tembakau, getah

b)      Para pemodal Eropah dan China banyak melibatkan diri

·        Mempunyai modal dan teknologi

·        Mendapat konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama

c)      Masyarakat Melayu masih terikat dengan ekonomi saradiri

d)      Wujud dwiekonomi

e)      Abad ke 20, pemodal British mula mengusahakan getah untuk tujuan prmasaran.

 

Perusahaan Getah

Faktor perkembangan perusahaan getah

  1. Revolusi perindustrian di Eropah
  2. Henry N. Riddly, pengarah Botanical Garden, Singapura menyakinkan peladanguntuk menanam getah.

·        Adakan pameran

·        Mengagihkan benih getah percuma

·        Menemui cara penorehan getah yang tidak merosakkan pokok, system menorah cara  ibidem tulang ikan kering

  1. Perkembangan industri barangan pengguna seperti kasut,tayar
  2. Harga getah melambung tinggi 
  3. Kemasukkan modal pelabur Eropah
  4. Syarikat Eropah membuka lading getah dan mengurus eksport getah seperti Guthrie dan Sime Darby
  5. Dasar British beri galakan dan sokongan kepada pemodal asing

·        Kadar sewa tanah dan tariff cukai rendah kepada peladang getah

·        Pengecualian cukai eksport selama 5 tahun

·        Memberi 4% dividen kepada syarikat pengusaha getah

  1. Jalanraya dan jalan keretapi dibina menghubung kawasan pertanian dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran
  2. British membawa masuk pekerja asing dari selatan India dengan gaji yang muruh.

 Perlombongan Bijih Timah

Sebelum abad ke 19:

  1. Pembesar Melayu menjadi pemilik lombong bijih timah
  2. dikerjakan oleh buruh tempatan
  3. kaedah mendulang dijalankan

 Pertengahan abad ke 19

Pembesar Melayu mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan  dengan memajakkan lombong mereka kepada saudagar China.

Peranan pembesar Melayu:

  1. Memberi kebenaran kepada pengusaha China untuk mengusahakan perlombongan
  2. Mengawal dan memantau penglibatan orang China dalam aktiviti perlombongan
  3. Memastikan hasil bijih timah dijual semula kepada mereka
  4. Menentukan harga bijih timah yang dijual oleh pengusaha lombong kepada pembesar Melayu.

 Awal abad ke 20

Pemodal Eropah berupaya bersaing dengan pemodal dari China kerana:

  1. Kemampuan menyediakan modal yang tinggi
  2. Penggunaan teknologi kapal korek
  3. Menjalankan aktiviti secara besar-besaran
  4. Penggubalan undang-undang yang berpihak kepada pelombong Eropah

 Penggunaan Tenaga Buruh Luar

Buruh asing

Cara kemasukan

China

1. Sistem tiket kredit

Sin kheh (imigran) dikumpul dari kampong China oleh khehthau (ketua)

 

2.  Sistem pengambilan kakitangan

  • Majikan hantar pegawai ke China mendapatkan buruh.

3.  Sistem pengambilan rumah kongsi

  • Pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi untuk mendapatkan buruh.

4.  Kemasukan imigran Foochew secara berkumpulan ke  Sarawak

  • Mengusahakan perusahaan gambir dan lada hitam

India

1.  Sistem buruh bebas atau merdeka

  • Buruh dating sendiri dengan biayaan masing-masing

2.  Sistem Kontrak

  • Majikan membiayai tambang buruh

3.  Sistem Kangani

  • Kangani dihantar ke India mencari buruh

Institusi Kewangan dan Insurans

  1. Masyarakat Melayu

·        Menggunakan sistem mata wang

·        Mata wang emas, perak, timah ( Melaka)

·        Dinar emas (Kelantan )

·        Kupang emas ( Terengganu)

·        Jongkong tampang (Pahang)

  1. Pedagangan Eropah

·        Memperkenalkan mata wang asing

·        Mata wang perak Sepanyol

3.   Kerajaan British

·        Tubuh pesuruhjaya yang dikenali Lembaga Pesuruhjaya Wang

    • Mengeluarkan wang kertas bagi Negeri-negeri Selat
    • Wang kerajaan Melayu semakin terhapus

·        Penubuhan bank Eropah

    • Mercantile Bank
    • The Charted Bank

·        Penubuhan bank tempatan

    • Kwong Yik Bank
    • Bank of Malaya

·        Perkhidmatan insurans

    • Insurans maritime
    • Insuran kebakaran

 

Dasar British Terhadap Pertanian

Kesan dasar British dalam bidang pertanian:

1.                  Tanaman baru seperti kopi dan getah diperkenalkan

2.                  Tanaman baru mendapat pasaran baik di peringkat antarabangsa

3.                  Tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam dikomersialkan

4.                  Tanaman komersial diusahakan secara ladang.

5.                  Menggunakan tenaga buruh dari China dan India

6.                  Undang-undang berhubung dengan pemilikan tanah diperkenalkan

7.                  Perlindungan tanah milik orang Melayu daripada diceroboh oleh pemodal asing.

 

Undang-undang tanah Barat

Contoh:            Peraturan Tanah Perak dan Kanun Tanah Selangor

1.  British membahagikan tanah mngikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah  

     ladang dan tanah peribumi.

2.  Kadar cukai dikenakan terhadap tanah bergantung pada jenis tanah.

Kesan undang-undang tanah oleh British kepada masyarakat Melayu

1.                  Individu atau syarikat yang hendak mengusahakan tanah mesti membuat permohonan di Pejabat Tanah dan tidak perlu mendapatkan kebenaran daripada pembesar Melayu

2.                  Perlu mendapat kebenaran  di Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan.

3.                  Residen negeri-negeri Melayu mempunyai kuasa yang besar untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.

4.                  Membawa perkembangan sistem ekonomi wang dikalangan masyarakat Melayu.

5.                  Semua urusan jual beli dan cukai dibayar dengan wang.

6.                  Masyarakat Melayu khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar terpaksa bergantung pada orang tengah untuk meminjam wang.

7.                  Ramai orang Melayu terpaksa menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang mereka.


Akta Tanah Simpanan Melayu   

a)           Bertujuan mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah kepada orang   asing.

b)           Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah milik orang  Melayu  sebagai Tanah
     Simpanan Melayu.

c)           Cara ini akan menyelamatkan tanah tersebut dariapada dijual, dipajak atau ditukar milik kepada
     orang bukan Melayu.

d)           Orang Melayu tidak dibenarkan menanam sebarang tanaman komersial di Tanah Simpanan Melayu.

e)           Kebanyakan kawasan ini juga tidak subur.

 Akta Land Order 1931

Melindungi hak milik tanah masyarakat peribumi di Sarawak.

 Akta Land Settlement Order 1933

Memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat peribumi

 Akta Land Order 1948

a)      Membahagikan tanah di Sarawak pada 3 kawasan

1.      Kawasan tanah campuran

·        Golongan imigran mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja

2.      Kawasan tanah simpanan

3.      Kawasan tanah pedalaman


     Proklamasi III

1.      Perlindungan Hak Peribumi di Sabah

2.      Menetapkan bahawa kepentingan hak milik tanah peribumi di bawah kuasa pegawai Daerah.

3.      Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

 

Dasar British Terhadap Pekebun Kecil

Mengekalkan orang Melayu sebagai petani kerana:

a)      Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah dengan memperkenalakan Enakmen Tanah Padi 1917

·        Melarang penanaman getah di kawasan penanaman padi.

·        Premium untuk permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah dinaikkan.

b)      Mengurangkan pengantungan Tanah Melayu terhadap import beras dari luar negara seperti Thailand, Indo China dan Myanmar.

c)      Bekalan beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin.

d)      Pekebun kecil dilarang menanam getah di tanah sawah

 KESIMPULAN:

Orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan British.

a)      British tidak mengutamakan nasib rakyat tempatan.

b)      Mereka mengutamakan ekonomi penjajah dan ekonomi peladang besar.

c)      Menggalakkan pelaburan Eropah melalui skim perladangan

d)      Insentif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada pekebun kecil.

e)      Menyekat orang Melayu daripada penanaman getah.

f)        Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah.

g)      Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson bagi melindungi peladang getah semasa kejatuhan harga getah.

h)      Premium untuk permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah dinaikkan

Kesan Sosial Penjajahan di Tanah Melayu.

1.   Berlaku proses pembandaran terutama di kawasan yang kaya sumber semula jadi dan kawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.

·        Perkembangan perusahaan perlombongan menjadikan pekan berkembang menjadi bandar.

·        Bandar ini menjadi pusat pentadbiran dan pusat perniagaan dilengkapi dengan pelbagai infrastuktur seperti sekolah, jalan raya dan bank.

·        Contoh bandar yang wujud seperti Kuala Lumpur dan Seremban.

 2..   Pembentukan masyarakat berbilang kaum.

1.      Petempatan dan jenis pekerjaan berbeza mengikut kaum.

2.      Orang Melayu bertani dan tinggal di luar bandar,

3.      Buruh Indai kebanyakan penoreh getah tinggal diestet

4.      Buruh China berniaga dan berkerja di lombong tinggal di Bandar

 3.   Melahirkan Sistem Pendidikan Vernakular

a)      Sekolah Vernakular Melayu ditubuhkan di Negeri-negeri Selat.

·        Sekolah Melayu pertama didirikan di Singapura, Teluk Belanga.

·        Sekolah Melayu hanya pada peringkat sekolah rendah

·        Kurikulum terbatas untuk menjadikan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya.

·        Maktab Perguruan Sultan Idris melatih guru sekolah Melayu

b)      Sekolah Tamil di kawasan ladang dibiayai oleh pihak pengurusan ladang dan di bandar dibiayai oleh kerajaan British

·        Sukatan pelajaran, buku dan guru dari India

·        Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar

c)      Sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China

·        Guru, buku dan sukatan pelajaran dating dari China

·        Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk menyekat pengaruh komunis di sekolah Cina dan mengawal segala aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cina.

d)      Sekolah Inggeris pada awal adalah usaha mubaligh Kristian.

·        Dianggap sekolah elit dan terletak di kawasan Bandar

·        Pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan.

·        Kurikulum disusun berasaskan system pendidikan di England.

 

5.      Sektor Perkilangan telah dimajukan untuk keperluan eksport.

·        Syarikat Shum Yip Leong mendirikan 2 kilang kasut getah untuk dieksport ke China.

·        Kebanyakan kilang dimiliki dan diusahakan oleh pemodal Eropah atau China.

 

6.      Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan.

·        Jalan keretapi dibina untuk mencepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.

·        Jalan keretapi pertama dibina pada 1885 dari taiping ke Port Weld.

·        Menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di kawasan pendalaman untuk penanaman getah.

·        Jalan raya semakin berkembang terutamanya di kawasan perlombongan bijih timah dan ladang getah.

·        Sistem perhubungan seperti telegraf, telefon pos turut diwujudkan.

 

      7..  Perkembangan perkhidmatan kesihatan

·        Penyakit berjangkit seperti malaria, taun campak merebak di kawasan bandar dan luar banda kerana:

o       Kemasukan buruh asing menambahkan bilangan jumlah penduduk.

o       Tempat tinggal dan tempat kerja mempunyai kepadatan yang tinggi dan tidak diurus dengan baik.

o       Bekalan air bersih tidak mencukupi.

·        Kerajaan British menubuhkan hospital serta pusat kesihatan untuk mengawal wabak penyakit

·        Penyelidikan mengawal penyakit dilakukan oleh Institusi Penyelidikan Perubatan.

·        Kebersihan dan kesihatan awam di Bandar dititikberatkan.

·        Sebuah lembaga iaitu Sanitary Board ditubuhkan untuk mengawas kebersihan dan kesihatan Bandar di Kuala Lumpur

 


 
   
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free