e-Belajar
  Bab 7 : Islam Di Asia Tenggara
 
Teori Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara

A.  Teori Islam datang dari Semenanjung Tanah Arab
  • dikemukakan oleh John Crawford
  • disokong Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas
  • BUKTI JOHN CRAWFORD:
    1. catatan China mengatakan orang Arab mempunyai pusat perniagaan dan penempatan di Canton
    2. Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir ke China
    3. Pedagang Arab singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara
    4. Pedagang Arab menetap dan membina perkampungan di situ
    5. wujud perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara
    6. Pedagang Arab berinteraksi dengan pedagang tempatan tentang agama Islam
  • BUKTI Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas:
    1. wujud persamaan antara bahan penulisan dan kesusteraan di Asia Tenggara dengan yang terdapat di Semananjung Tanah Arab
    2. Tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab
    3. Adat resam dan kebudayaan orang Melayu dipengaruhi oleh budaya Arab
    4. Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara oleh syeikh seperti Hikayat Rajaa-raja Pasai
B. Teori Islam datang dari China
  • dikemukakan oleh Emanuel Gadinho Eredia dan S.Q Fatimi
  • BUKTI EMANUEL GADINHO EREDIA:
    1. Canton menjadi pusat perniagaan terkenal di kalangan peniaga Arab
    2. Peniaga China Islam berdagang ke Asia  Tenggara dan menyebarkan Islam kepada masyarakat Asia Tenggara
  • BUKTI S.Q.FATIMI
    1. perpindahan beramai-ramai pedagang Islam di Canton ke Asia Tenggara
    2. penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertulisan jawi
    3. penemuan sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan ayat al-Quran di Kampung Permatang Pasir, Pahang
    4. terdapat persamaaan unsur seni bina di China dengan unsur seni bina pada masjid-masjid di Asia Tenggara seperti di Kelantan
C. Teori Islam datang dari India
  • dikemukakan oleh Snouck Hurgrnje
  • BUKTI:
    1. Gujerat ialah pelabuhan penting di india.
    2. Pedagang India Islam telah menyebarkan Islam kepada pedagang di Asia Tenggara
    3. penemuan batu marmar pada batu nisan di perkuburan di Gerisik, Jawa yang mempunyai ciri buatan India
 
 
 
 
   
 
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=