e-Belajar
  Bab 9a : Penjelajahan dan Penerokaan
 
Penjelajahan dan Penerokaan

Sebab penjelajahan
  1. Kejayaan sains dan teknologi pada Zaman Renaissance
  2. penguasaan Istanbul oleh Turki menyebabkan orang Eropah menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan keperluan mereka.
  3. orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera, dan rempah dari Timur.
  4. Raja Sepanyol dan Raja Portugal banyak memberi galakan kepada usaha penerokaan
  5. kuasa portugal dan Sepanyol saling bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.
  6. Perjanjian Tordesillas ditandatangani untuk menetapkan kawasan pengaruh Sepanyol dan Portugal.
  7. Pelaut Eropah unggul seperti Christoper Columbus berjaya sampai ke Amerika.
  8. Perdagangan rempah dan sutera mendatangkan keuntangan besar kepada pedagang Eropah
  9. Sepanyol dan Portugal mahu menyebarkan agama Kristian
  10. Monarki baru di England, Perancis dan Belanda manggalakkan penjelajahan ke seberang laut.
  11. Semangat kebanggaan bangsa mendorong orang Eropah menjelajah dunia luar.
Kesan Penjelajahan terhadap masyarakat setempat
  1. POLITIK
  • Penguasa tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan wakil kuasa Eropah  seperti Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI)
  • Perjanjian ini mengiktirafkan kekuatan kuasa Eropah.
      2.EKONOMI
  • daerah luar Eropah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Ropah.
  • Pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka telah dikuasai oleh Portugal
  • Barangan dari timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah
  • Jalan pedagangan di Lautan Hindi dan Asia Tenggara dikuasai oleh Portugal
         3. SOSIAL
  • Masyarakat tempatan mula terpengaruhi dengan gaya hidup orang Eropah
  • Masyarakat peribumi menerima agama Kristian
  • Sepanyol telah menakluki Mexico dan menundukkan tamadun Aztec
  • Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin mewujudkan sebuah masyarakat baru di wilayah tersebut.
  • Sepanyol mendapatkan emas dan perak dari Amerika Latin.
  • Pemodal Sepanyol mengeksploitasi buruh peribumi untuk bekerja di lombong dan ladang mereka.
KESIMPULAN:

Sifat dan semangat positif yang harus dijadikan iktibar:
  1. penerokaan ilmu pengetahuan
  2. semangat inkuri
  3. kegigihan usaha
  4. keberanian

 
   
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free