e-Belajar
  Bab 5 : Kerajaan Islam di Madinah
 
Piagam Madinah

Ciri-ciri Piagam Madinah / Sahifah Madinah:
  1. perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w
  2. berpandukan wahyu Allah
  3. menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam di Madinah
  4. berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam
  5. kandungannya lengkap, menyeluruh dan mengambil kepentingan semua pihak
  6. mengandungi 47 fasal
Kandungan Piagam Madinah

Bil Perkara Kandungan
1 Poliik Nabi Muhammad s.a.w pemimpin di Madinah
2 Agama Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masig
3 Sosial Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah
4 Perundangan Peraturan kekeluargaan sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
5 Ekonomi  Masyarakat Madinah kerjasama memajukan ekonomi negara
6 Pertahanan  Masyarakat Madinah dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.

Kepentingan Piagam Madinah
  1. Madinah merupakan model kerajaan Islam yang unggul
  2. Menjadi panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam
  3. Dilengkapi perlembagaan yang dapat diterima pakai oleh semua pihak
  4. Merangkumi peraturan yang berkaitan dengan dunia dan akhirat.
  5. Amalan riba, penipuan dan rasuah tidak dibenarkan.
  6. Ekonomi islam di Madinah mula meningkat.
  7. Membentuk masyarakat baru berasaskan ummah, iaitu masyarakat yang hidup bersatu padu
  8. Menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam
  9. Tiada perbezaan taraf di kalangan masyarakat.
  10. Amalan dan sifat positif diamalkan seperti semangat perpaduan, bantu-membantu dan reka berkorban.
  11. Syariah Islam yang diperkenalkan adalah adil dan boleh diikuti oleh semua masyarakat.
  12. Baginda menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan.
  13. Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.
  14. Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab yang lain.
  15. kesemua bangsa ada hak dalam Madinah dan mematuhi peraturan.
  16. Mempertahankan keselamatan Madinah daripada ancman luar.
  17. Madianah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar.

 
   
 
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free